![]() |
|
|
Kenali aku
![]() Assalamualaikum, i'm the owner of this blog.Just call me I.T.A..Dilahirkan pd 10 Oktober 1980 bersamaan Hari Jumaat [subuh hari]. Baru je bergelar isteri pd 24 Jun 2006 yg lalu.Stay kat Tmn Melati, Setapak. Ada 6 org adik beradik. Aku anak no.3. Blog ni untuk luahan rasa aku. Kot2 time aku sedih ke happy ke, teruja ke, apa2 jelah. Sesapa yg nak baca, silakan. Nak komen membina pun boleh. Tapi kalau nak kutuk tu, pi main jauh2 na..ehehe..chow! Kisah lalu September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 March 2007 April 2007 ..My Sweet Hubby.. Blog Teman2 Mya Sipar ReTn@ iL@ zEz@CePoL BeNaLLy DiELL@ FaRrALiZa BoNJoVi Kekwn M'sian Idol Si^MaNJa aktvt GSC mkn angin.. MaS keRETAPi BaS SuMBeR iLmU hARiaN MeTRo BeRiTA HaRiAN KaRaNgKRAf GemPaQ.CoM Bicara bersama
Pengunjung Kredit
|
Monday, October 24, 2005 " Bahagia itu Milik kita" Abang, Ku rasa baru benar kita bersama Namun,bagaikan bertahun lamanya Mesranya kita.. Tak pernah aku alami semua ini Tapi aku benar berharap agar Inilah namanya Cinta Sejati Setia bersama hingga ke mati... Abang, Meskipun sering ada sengketa … Namun, itu bukan halangan untuk kita bersama Menyulam rindu, menenun sayang.. Dalam tidur ku terbayang-bayang.. Abang, Mulanya aku ragui keakraban kita Kerana aku takut bermain api Takut pisang 'kan berbuah 2 kali Kerana dulu aku umpama lilin Menerangi insan lain tapi dihatiku Kegelapan tanpa sinar kasih menyuluh Abang, Ku harapkan permaidani kasih ini Terhampar buat selamanya Usah digulung ditengah jalan.. Kerana aku tak sanggup kecewa lagi Mengharap kasih pada mereka yang tak sudi Seandainya benar dirimu untukku, Percayalah.. Sesungguhnya tiada insan lain Yang mampu bertakhta dihatiku Selain dirimu untuk selamanya.. Abang, Ku harapkan ikatan suci antara kita Tersimpul erat hingga ke akhir hayat Usah dilerai mahupun dicerai.. Abang, Ku ingin dirimu tahu Malam ku mimpi kita disatukan Indahnya saat itu tak tergambar Siang ku himpun doa pada Maha Pengasih Agar impian kita menjadi nyata Dan sinar bahagia itu menjadi milik kita.... Tinta kasih Nurin Adam 2k5 |
| 100% owned by * NurinAdam | |